Monday, June 15, 2009

Mimpi


Sepasang kekasih baru sahaja mendirikan rumah tangga. mereka hidup dengan aman bahagia. yelah baru berkahwin la katakan, takde problem lagi mestilah bahagia. walaubagaimanpun setelah genap 2 tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. suatu hari apabila terjaga daripada tido si isteri memberitahu suaminya bahawa dia telah bermimpi dirinya mengandungkan anak kembar untuk mereka berdua. si suami sambil tersenyum membisikkan ke telinga isterinya memberitahu malam ini dia akan memberikan hadiah istimewa kepada isterinya kerana bermimpi sedemikian rupa. alangkah gembiranya hati si sisteri kerana hadiah yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan pastilah sesuatu yang terlalu istimewa sekaligus akan merealisasikan impianya untuk mendapatkan anak kembar. pada malamnya setelah si suami pulang dari tempat kerja, si isteri melayan suaminya dengan penuh manja dan mesra. apabila tiba waktu tengah malam, si isteri mengenakan pakaian yang begitu mengasyikkan sambil melirik mata mengajak si suami untuk masuk tido. setelah menunggu hampir 30 minit akhirnya si suami pun muncul ke dalam bilik. si isteri menunggu dengan penuh debaran. si suami menghampiri si isteri lalu membisikkan bahawa kini tibalah masa untuk dia memberikan hadiah istimewa yang dijanjikan pagi tadi. si isteri hanya mampu terdiam sambil menahan gelora perasaan. lalu si suami pun merebahkan isterinya sambil mengambil sesuatu di dalam kainnya untuk diberikan kepada si isteri. kemudian hati si isteri penuh kecamuk apabila si suami menyerahkannya sebuah buku bertajuk "Tafsiran Mimpi" zzzZZZ

No comments:

Post a Comment