Thursday, June 4, 2009

Orang Bandar vs Orang Asli

Tersebutla kisah ada sebuah keramaian diadakan di sebuah kampung. Kampung ni memang ulu sikit. rata-rata pekerjaan penduduk kampung ni adalah memburu (guna sumpit) dan bercucuk tanam. Bila keramaian diadakan maka ramailah berkumpul sambil bertukar-tukar cerita. ramai juga orang bandar yang turun padang untuk meraikan keramaian ni bersama-sama. nak dijadikan cerita pada malam keramaian bertemu la dua orang dari tempat yang berlainan. sorang dari bandar dan sorang lagi dari kampung. orang asli memulakan perbicaraan. "semua orang bandar suka makan kotor-kotor kan?" orang bandar hanya terdiam. kata lagi orang asli "orang bandar suka makan ayam, lembu, ikan.. padahal ayam makannya di tanah. tempat segala jenis najis ada. malah lembu juga makan rumput hasil najis mereka.. ikan pula makan katak, cicak, cengkerik.. semua kotor!! tengok kami orang asli. kami makan tupai, burung. semua bergerak dia atas. tupai melompat di atas pokok, burung terbang di udara. malah tupai makanya buah. buah terletak di atas pokok, tempat yang atas. burung juga makan buah serta bijirin. belum sempat buah jatuh ke tanah, burung sudah memakanya" tambah orang asli dengan penuh bangga. orang bandar hanya mendengar dengan hati yang pedih. sambil tu dia memikirkan cara untuk mengenakan orang asli yang berlagak nih. selepas beberapa ketika orang bandar memulakan bicara.. "eh orang asli makan helikopter tak?" tanya orang bandar.. dengan angkuh orang asli menjawab " erm helikopter tu terbang tak, melompat atas pokok tak?" orang bandar menjawab "helikopter ni tak melompat atas pokok tapi terbang di udara" dengan pantas orang asli membalas "kalau terbang, ada la sikit2!!" orang bandar hanya mampu tersenyum...

No comments:

Post a Comment