Sunday, June 28, 2009

Aduhai Pak Mamat


Pak Mamat sangat lurus orangnya. tak ubah macam pak pandir. cuma pak mamat tak beristeri. dia hanya tinggal sendirian mengusahakan kebun sayur. pak mamat nak beli moto. tapi nak yang murah dan bergaya. ali tahu pak mamat nakkan sebuah moto. sebab tu lah dia bersusah payah mengajak pak mamat ke rumahnya. sambil itu dia cuba memujuk pak mamat mengambil moto cabuknya. akhirnya umpan mengena. pak mamat berminat untuk membeli EX5 ali. ali memang kejam orangnya. moto yang hanya rm1300 di kedai ditolak rm1800 pada pak mamat. tapi pak mamat tak banyak cakap. terus bayar cash. ali tersenyum puas. waktu memberikan motonya ali berpesan supaya pak mamat menjaga motonya seperti menjaga seorang anak. katanya dia terlalu sayangkan motonya. pak mamat kehairanan dan mula bersoal. kalau disayang bagai anak kenapa harus dijual moto itu. ali hanya tersenyum sambil berkata. anaknya sudah besar (moto) jadi dia harus keluar berdikari. tak mahu menyusahkan ibu bapa lagi. pak mamat yang lurus bendul hanya mengangguk tanda setuju dan berjanji akan menjaga motonya seperti menatang minyak yang penuh.

Saban hari pak mamat membasuh motonya, tapi yang peliknya dia tidak pernah tunggang moto tersebut. orang kampung merasa sunguh hairan dengan kelakuan pak mamat dan mula tertanya-tanya. akhirnya budin si pomen berjumpa pak mamat mendapatkan kepastian. budin memulakan bicara dengan rasa hormat "kenapa dibasuh saja motonya pak mamat? kenapa tidak ditunggang?". pak mamat membalas dengan senyuman "moto ni macam anak juga, kalau tak dijaga dengan baik dia akan merajuk. tak boleh hidupkan enjin". tahulah budin moto pak mamat tidak boleh dihidupkan. lepas diperiksa ternyata spark plug moto pak mamat telah rosak. atas rasa simpati budin menukarnya dengan yang baru. kemudian pak mamat mula meronda di kampung. si budin pula berlalu dengan perasaan kesal membuak-buak kerana jasanya tidak dihargai, malah pak mamat juga terlupa mengucapkan terima kasih. aduhai pak mamat.

Kini soalan bermain lagi di mulut orang kampung. kata mereka pak mamat tak pernah tukar gear sewaktu menaiki motonya. yang pak mamat tahu, hanya gear 1 ke mana-mana. tak kira meredah hutan atau mendaki bukit. hanya gear satu sahaja yang pak mamat akan digunakan. atas rasa kemusyiklan awie selaku kaki lepak di kampung ke rumah pak mamat untuk merungkai segala persoalan. selepas memberi salam dia dipersilakan pak mamat untuk naik ke rumah. "cantik moto pak mamat" awie memulakan bicara. "biasala tuan yang menjaganya bagus, tentulah cantik" balas pak mamat sambil menabik dada. "kalau cantik kenapa hanya gear 1 yang digunakan. kenapa tidak gear 2,3 atau 4. atau pak mamat tak tahu sebenarnya moto EX5 ni ada gear smpi 4" kata awie terus kepada soalan utama. "engkau yang tak tahu sebenarnya. aku guna gear 1 sebab boleh simpan gear yang lain. kalau gear 1 rosak boleh guna gear 2. kalau 2 rosak pakai 3, kalau 3 rosak, pakai 4. engkau mana tahu" kata pak mamat dengan muka penuh bangga. awie hanya menepuk dahi dan menggeleng kepala " aduhai pak mamat..."

Undergoing MyBlogLog Verification

2 comments: