Tuesday, June 16, 2009

Ciri-Ciri Isteri Idamanku


1. Mestilah seorang yang cantik rupa paras. Bagi aku cantik tak beerti cantik seperti model, cukup jika calon itu comeyl, kiut, sedap je mata memandang. Tengok die dah boleh menyihatkan mata aku yang dah memang rabun ni. Macam kawan aku pernah cakap "tak perlu cantik bak bidadari cukup sekadar Angelia Jolie"

2. Mestilah pandai berhias. Maksud disini seorang yang pandai menjaga penampilan diri. Disamping itu beliau mestilah pandai berkemas. Taknak la rumah bersepah-sepah dah macam tongkang pecah. Ini tak termasuk pandai mengemaskini akaun bank aku.

3. Bersopan santun, berbudi bahasa, menghormati orang tuan, pintar menguruskan masa, cergas tak kira di rumah atau pun di luar rumah menjadi satu kemestian.

4. Pandai memasak. Bagi aku isteri yang pandai memasak sangatlah penting. Menjadi kelebihan jikalau beliau boleh memasak makanan kegemaran aku iaitu asam pedas dan lauk kandar. Calon yang hanya pandai makan di luar diharap berkahwin sahaja dengan tukang masak. Sebab apa? sebab aku suka makan!

5. Yang paling penting keempat-empat calon isteri ini hendaklah tidak mengetahui atau mengenali satu sama lain. Lebih baik kalau mereka tidak pernah perasan diri mereka dimadu.

P/S: Masa aku kat UTeM dulu, aku pernah tanya soalan kat sorang kakak nih.

Hazri: Akak camna kalau suami akak madukan akak?


Kakak: Akak kerat kepala dia.


Hazri: Kepala mana akak? atas ke bawah?
(soalan berbaur lucah)

Akak: Kepala bawah, biar dia rasa, gatai sangat.


Hazri: Abis tu rugi la akak tak dapat nanti.


Akak: Biar dia rasa. gatai tak cukup satu. ang tanya soalan nih, ang ada niat nak bermadu ka?


Hazri: -___-" (terus order nasik goreng, tengok sosej pun jadi seram)

2 comments:

  1. aku ade semua ciri2 tu..hahahaha!

    ReplyDelete
  2. Kalau kamu mempunyai ciri2 tersebut? petang esok akan ada rombongan meminang. nantikan =)

    ReplyDelete