Thursday, June 25, 2009

It's A Bird, It's A Plane, It's Superman


Entry kali ni akan mengutarakan antara kelemahan-kelemahan superman yang patut korang tahu. walaupun superman ni boleh dianggap sempurna dari segala segi, tetapi kenyataanya tak semua yang hidup sempurna. mari kita semak antara kelemahan-kelemahan superman :

1) Tidak pandai add math. walaupun superman boleh tolong kita dalam apa jua masalah. cuba korang panggil dia untuk bantu jawab soalan add math. tentu awai-awai lagi dia dah up up and the way. paling lemah bab fungsi (bab satu add math lak tu)

2) Semua orang tahu superman memakai spender kat luar. jadi menjadi sesuatu perkara yang mustahil kalau suatu hari superman tidak lagi memakai spender di luar. jadi superman terpaksa berhati-hati ketika memilih jenama spender yang sesuai. kalau tak satu dunia tahu dia pakai spender cap pasar malam.

3) Tidak boleh menyertai aktiviti/kempen derma darah. superman kan makhluk asing. so dari segi sains darahnya tak sama dengan darah orang bumi. jadi superman tak boleh derma darah walaupun dia sihat dan kuat. kempen derma duit dia boleh..

4) Tak pernah dapat meraikan sebarang perayaan. walaupun kita tengok kadang-kadang superman ada merayakan krismas tapi sebenarnya superman tak pernah meraikannya. dia kan orang planet kripton so kat sana mana ada sambutan perayaan. hari raya jauh skali

5) Tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar pakaian di bilik persalinan wanita. walau urgent sekalipun superman tidak boleh menggunakan alasan ini untuk bertindak liar. silap haribulan superman mungkin terbang dalam keadaan tanpa seutas benang.

6) Tak layak dicucuk BCG. Bagi manusia yang normal kita akan kena 2 kali sunitkan BCG bagi mencegah penyakit tibi. satu masa masih bayi dan satu lagi masa darjah 6. Superman tak sempat nak merasa la sebab masa bayi dia baru terhempas kat bumi. masa darjah 6, 5 batang jarum patah gara-gara badannya yang keras. 'Man of Steel' la katakan.


3 comments:

  1. aku minat superman.. haha.. tapi semenjak dah ade transformers nih.. rase macam nak jadi tuan empunya bumblebee.. weih.. aku dah add blog ang..

    ReplyDelete
  2. nobody's perfect..
    ahahahhaa.. :P

    ReplyDelete
  3. mekasey kat saudara zul. superman is not a legend anymore. go transformers!! kuk kek krok ngek

    ReplyDelete