Thursday, June 25, 2009

Jarum Emas

Dah 2 hari blog ni tak di update. bukan menyembunyi diri atau atau dihimpit masalah cinta (seperti yang diura-urakan oleh doktor cinta) tapi aku sebenarnya dihambat sesuatu. Sesuatu yang tak boleh kita lihat, tetapi boleh dikira dan dirasai. sesuatu yang mengajar kita menjadi berdisiplin tak kurang juga menjadi seorang yang kurang ajar. sesuatu yang digelar masa. sebenarnya aku baru pulang dari ibu kota. badan yang letih masih lagi terasa. penat tu memang penat tapi seronok juga kerana kali pertama besday aku dirai. bos aku belanja makan kat steven hot spot. walaupun makanan die tak sebest namanya tapi sekurang-kurangya diri ni rasa dihargai

Paling best bila kawan bos aku turut sama meraikan besday aku. dia bawak aku g makan eskrim kat baskin robbins. 1st time makan eskrim sesedap tu. nikmat tol. nasib orang belanja. kalau aku haih pikir 2,3 kali jugak la. bukan apa cam mahal sangat. baik aku guna duit tu tengok wayang ke, makan kfc ke, burger king ke baru berbaloi. :D Sekian dulu coretan untuk kali ni. Nak bahan lawak? takde kot buat masa ni. yang ada gamba lawak. layanz..


Wajah sebenar Homer the simpsons
yang diminati


2 comments: