Thursday, June 18, 2009

Kisah Sang Nyamuk


"Bedebah punya nyamuk" itulah antara ungkapan serta maki hamun yang sempat aku katakan sebelum seekor nyamuk beterbangan melarikan diri. ini bukan kali pertama aku digigit, dihisap darah oleh nyamuk. nyamuk memang tak pernah kenal erti takut. walaupun diusir beberapa kali ia tetap akan mendatangi mangsanya. aku sudah tidak tahan lagi. lalu riket pembunuh nyamuk dicapai dan aku mula bergaya seperti seorang pemain badminton yang terkenal. bunyi kejutan elektrik yang terkena si nyamuk bedebah membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. "Hey u buat apa?" tegur seorang amoi yang bekerja sekali di tempat aku. "bunuh nyamuk la, takkan main badminton dalam kedai kot, bulu tangkis pun takde" jawab aku selamba. sebenarnya hati ni belum puas. nyamuk masih banyak berkeliaran di kedai Seng Heng nih. walaupun dibunuh namun nyamuk ni seolah-olah tak berkurangan malah semakin bertambah. "celaka ko nyamuk" getus hati aku. Amoi yang memerhatikan aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Untuk tidak membebankan aku seorang, aku mencari-cari idea untuk mengenakan si amoi ni. ye la bukan nak tolong pun. ni tolong memekak je. setelah mendapat idea jahanam, aku pun memulakan bicara.

"Jessica, u tahu tak yang hisap darah ni nyamuk betina je, nampak sangat nyamuk ni teruk, da la gatai hisap darah lelaki" kata aku sambil tangan masih melibas nyamuk yang beterbangan di udara. "u cakap elok sikit aa, nyamuk jantan buat ape? tahu hisap madu. nyamuk betina hisap darah untuk makanan anak-anaknya. u mana tau" amoi tu membalas. hai main kasar nampak. kejap ko. "yela nyamuk jantan hisap madu. dia bagi badan die sihat pastu boleh tolong nyamuk betina dapatkan ramai anak". balas aku dengan senyuman penuh kejahatan. sudahnya aku dikejar amoi tu dengan riket pembunuh nyamuk. aku bukan nyamuk laa..

Sebenarnya moral dari cerita aku ialah, kalau kita umpamakan nyamuk betina ni wanita, nyamuk jantan ni lelaki kita akan faham kenapa rumah asuhan/bimbingan semakin sesak dengan wanita bawah umur yang mengandungkan anak. apa taknya apabila mahkota diberi kepada insan tersayang, wanita-wanita malang ini akan ditinggalkan. ibarat nyamuk jantan selepas memberikan anak, dia akan terbang meniggalkan nyamuk betina. nyamuk betina ni lah terpaksa bersusah payah menjaga anak dalam kandungan malah mungkin menglami risiko mati ditampar manusia semata-mata mahu anaknya lahir dengan sihat dan beterbangan bebas di udara. jadi bagi wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan orang yang anda sayangi. jangan terlalu mudah menyerah diri sedangkan anda belum pasti kekasih anda mahu bertanggungjawab. sudahnya anda terpaksa sendirian seperti nyamuk betina, terbang sendiri tanpa simpati. malah dikeji. dan nyamuk jantan hanya pandai berfoya-foya tanpa rasa kesal atau bersalah terbit di hati. terbanglah ia dengan gembira sambil mencari madu

2 comments:

  1. si nyamuk A mintak darah kat si nyamuk B. Berapa liter Si A dapat?

    ReplyDelete
  2. Mengikut firasat aku. 2 gelen kot sebab nyamuk A dapat sumber dari anak gajah

    ReplyDelete